Perincian IPhone 14 Pro

Perkakasan

Cipset

iPhone 14 Pro dan Pro Max menampilkan sistem atas cip (SaC) A16 Bionic baharu, dibina pada proses 4-nanometer, menggantikan A15 Bionic yang dilihat pada barisan iPhone 13 dan 13 Pro, iPhone SE generasi ke-3, dan iPhone 14 dan 14 Plus.

Kamera

iPhone 14 Pro dan Pro Max menampilkan penderia 48 megapiksel baharu, penaiktarafan terbesar pada penderia kamera utama dalam tempoh 7 tahun. Ini membolehkan ragam telefoto 2x baharu, yang membolehkan zum 2x dan video 4k tanpa Zum Digital. Apple kini menggunakan "Enjin Fotonik" (Photonic Engine) baharu untuk mutu citra dan video yang lebih baik. Kamera depan kini mempunyai autofokus, dan berbilang orang boleh dicam dalam tangkapan Ragam Potret.

Paparan

Model iPhone kini mempunyai XDR Paparan Retina Super, yang memuncak pada 2000 nit. Paparan juga mempunyai kadar penyegaran 120 Hz, dengan teknologi LTPO. iPhone 14 Pro mempunyai peleraian 2556x1179 piksel pada 460 ppi, manakala lainan Pro Max mempunyai peleraian 2796x1290 piksel pada 460 ppi. Mereka mempunyai salutan oleofobik tahan cap jari dengan sokongan untuk paparan nekabahasa dan nekaaksara serentak. Kedua-dua lainan juga menyokong ciri "paparan kekal".

Bateri

iPhone 14 Pro Max menyediakan 29 jam main semula video, manakala lainan Pro menyediakan 24 jam main semula video.

Perisian

Seperti iPhone 14 dan 14 Plus, 14 Pro dan Pro Max akan diedarkan dengan iOS 16.

Nusa Suai

Nusa Suai (Dynamic Island) ialah langbayangan "takuk" penderia pada model iPhone terdahulu bermula dengan iPhone X, yang dalam iPhone 14 Pro dialihkan ke potongan yang terpisah sedikit dari bahagian atas layar. Ia direkabentuk untuk menyampaikan maklumat berguna, seperti pemberitahuan perkakasan dan peringkat sistem, data main balik media dan kefungsian khusus apl lain. Irap ini mungkin muncul sebagai pengembangan pada kedua-dua belah penderia, dengan latar belakang sepadan dengan warna hitam keratan layar dan kelihatan mengembangkannya dengan lancar.[9] Nusa Suai juga boleh berkembang lebih jauh ke paparan iPhone 14 yang lebih luas. Sebagai contoh, pemberitahuan untuk panggilan masuk muncul dalam sepanduk yang terbentang mendatar dari penderia, manakala penunjuk KN Muka (Face ID) menurun ke bawah menegak dari keratan penderia dan bukannya muncul di tengah-tengah paparan seperti pada model sebelumnya.

Nusa Suai juga boleh disentuh untuk melihat butiran tambahan; contohnya, kegiatan berterusan seperti panduan Peta atau markah sukan juga boleh dikembangkan dengan menyentuh lama pada kawasan tersebut.

Rujukan

WikiPedia: IPhone 14 Pro http://www.apple.com/iphone-14-pro/ https://www.apple.com/iphone-14-pro https://www.apple.com/iphone-14-pro/ https://www.apple.com/iphone-14-pro/specs/ https://www.engadget.com/apple-iphone-14-sim-card-... https://www.gsmarena.com/apple_iphone_14_pro-11860... https://www.macrumors.com/roundup/iphone-14-pro/ https://phoneaqua.com/apple-iphone-14-pro-3683.php https://phoneaqua.com/apple-iphone-14-pro-max-3684... https://www.trustedreviews.com/news/what-is-dynami...